fbpx

[VIDEO] Ramai marah paramedik lambat periksa pemain badminton China rebah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan pasukan paramedik bergerak untuk memberi bantuan kecemasan kepada mendiang Zhi Jie

PETALING JAYA – Pasukan perubatan yang didakwa lambat bertindak untuk menyelamatkan pemain muda badminton negara China, Zhang Zhi Jie sebelum meninggal dunia mengundang kemarahan orang ramai.

Menerusi perkongsian video di TikTok oleh Andry S, kehadiran paramedik lambat memeriksa keadaan Zhi Jie ketika rebah dan kejang telah menyebabkan penonton menjerit.

Meninjau ke ruang komen, rata-rata pengguna media sosial marah dan kesal dengan kelewatan di pihak petugas perubatan tersebut.

“Barisan perubatan betul-betul sudah gagal untuk berdepan situasi sebegini. Lambatnya respon daripada mereka, semua terhegeh-hegeh macam kurang latihan dan tak pernah buat kerja,” komen @abnihaya.

“Pasukan perubatan duduk jauh sangat ke lambat sangat nak sampai, terlampau cuai, kalau tak mesti sempat nak selamatkan Zhi Jie” komen @mazmuhammad.

Selain itu, mereka juga kesal dengan tindakan pengadil yang lambat memberi reaksi dan tidak membenarkan pelatih masuk di gelanggang.

“Pengadil lembab, kenapa tak ada sebarang tindakan atau reaksi yang dilakukan? sudah jelas lagi nyata pemain itu sudah kejung tahap serius. pelatih nak periksa anak buah sendiri pun tak boleh, ini mesti kena saman dengan negara China,” komen @erham_nurraiz.

“Ya betul, perlu ada keizinan dan kebenaran daripada pengadil supaya pelatih boleh masuk gelanggang, masalahnya dia pun lambat bagi arahan, sebab itu lah juga pasukan perubatan lambat buat tindakan,” @eshee.

Dalam pada itu, ada juga yang mengatakan pelatih dan pengadil juga harus mempunyai ilmu dalam bantuan kecemasan dan tidak berharap pada pasukan keselamatan semata-mata.

“Sepatutnya sesiapa yang berkaitan dalam aktiviti sukan, tak kira pengadil atau pelatih mesti ada ilmu dalam bantuan kecemasan, jangan harapkan pasukan perubatan semata-mata,” komen @t4nzzy.

Berdasarkan video, mendiang Zhi Jie kelihatan terjatuh dalam kerebahan dan sempat untuk cuba bergerak bangun namun terus pengsan di atas gelanggang tersebut.

Semalam, pemain badminton muda China, Zhang Zhi Jie itu meninggal dunia selepas rebah di gelanggang semasa perlawanan Kejohanan Badminton Junior Asia di Yogyakarta semalam.

Dalam perlawanan pertama apabila mata kedua-dua pasukan terikat 11-11, Zhie Jie yang berdepan Kazuma Kawano tiba-tiba rebah di tengah gelanggang.

Atlet berumur 17 tahun itu disahkan meninggal dunia pukul 11.20 malam (waktu tempatan). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI