fbpx

Rakyat asing diminta tinggalkan Lebanon

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
.ASAP akibat pengeboman Israel di Shilin, selatan Lebanon, Jumaat lalu. - AFP

RIYADH – Dua negara rantau Arab meminta rakyat masing-masing untuk tidak melawat Lebanon selepas konfrontasi antara tentera Israel dan kumpulan Hizbollah menjadi semakin sengit sejak Rejim Zionis menyerang Semenanjung Gaza pada 7 Oktober tahun lalu.

Menurut portal berita The Na­tional kelmarin, Arab Saudi menggesa rakyatnya yang masih berada di Lebanon supaya segera meninggalkan negara itu.

Riyadh juga menguatkuasakan semula larangan perjalanan ke Lebanon selepas pertempuran dan serangan di sempadan Lebanon-Israel makin memuncak.

Perkembangan itu meningkatkan kebimbangan bahawa perang menyeluruh antara kedua-dua belak pihak akan tercetus sekiranya tiada inisiatif damai dilaksanakan sedangkan perang di Semenanjung Gaza masih belum berakhir.

Kementerian Luar Arab Saudi menyatakan, kedutaan negara itu sedang mengikuti rapat perkembangan semasa di selatan Lebanon.

“Semua warganegara Arab Saudi (perlu) mematuhi keputusan larangan perjalanan ke Lebanon dan rakyat yang masih berada di sana digesa segera meninggalkan Lebanon,” katanya.

Riyadh juga mengingatkan rakyatnya supaya menghubungi pihak kedutaan jika berlaku sebarang perkara yang tidak diingini.

Sebelum ini, Kuwait menghantar beberapa pesawat penumpang ke Lebanon untuk membawa pulang rakyatnya dari negara itu.

Penghantaran itu dibuat selepas Kuwait memperbaharui gesaan agar rakyatnya beredar dari Lebanon khususnya atas sebab keselamatan diri.

Agensi berita rasmi KUNA melaporkan bahawa syarikat penerbangan Kuwait Airways menghantar pesawatnya buat pertama kali untuk memindahkan rakyat Kuwait dari Lebanon ketika berlaku kebimbangan tentang peningkatan serangan antara Hizbollah dengan tentera Israel.

Kementerian Luar Kuwait mengulangi dalam satu kenyataan pada Jumaat lepas supaya rakyat negara itu mengelak daripada berkunjung ke Lebanon pada masa ini berikutan perkembangan keselamatan yang buruk.

Ia juga menyeru rakyat Kuwait yang masih berada di Lebanon tanpa keperluan mendesak supaya meninggalkannya secepat mungkin.

Sebelum ini, Menteri Luar Kuwait, Abdullah Al-Yahya berkata dalam satu kenyataan akhbar bahawa pihak kementerian sedang menyelaras dengan Kuwait Airways untuk membawa pulang mana-mana warganegara asing yang ingin pulang tanah air sendiri dari Lebanon.

Kedutaan Kuwait di Lebanon, katanya telah membuat persiapan yang diperlukan untuk memudahkan proses itu.

Dalam pada itu, empat negara lain turut menggesa rakyat masing-masing supaya meninggalkan Lebanon berikutan ketegangan yang semakin meningkat di sempadan negara itu.

Empat negara itu ialah Belanda, Jerman, Kanada dan Macedonia Utara.

Sementara itu, Iran semalam memberi amaran bahawa Barisan Penentangan dinaungi Tehran, kumpulan-kumpulan pejuangnya dan sekutu serantaunya akan berdepan dengan Israel jika Rejim Zionis membuat keputusan menyerang Lebanon.

Komen daripada Misi Iran ke New York itu dibuat ekoran kebimbangan perang serantau akan merebak lebih luas melibatkan tentera dari negara haram itu dengan Hizbollah di Lebanon yang disokong Tehran.

Kedua-dua pihak terlibat da­lam pertempuran hampir setiap hari sejak perang di Semenanjung Gaza bermula. – AGENSI/AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI