fbpx

Lelaki baju putih naik Vellfire curi parcel dicari polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar menunjukkan individu menaiki Toyota Velfire mencuri bungkusan barangan di Taman Desa Cemerlang, Johor Bahru

JOHOR BAHRU – Polis mengesan satu video tular yang memaparkan perbuatan seorang lelaki yang menaiki kenderaan mewah mencuri bungkusan atas tembok rumah di Taman Desa Cemerlang, di sini Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintenden Mohd. Sohaimi Ishak berkata, pihaknya menerima laporan daripada lelaki berusia 59 tahun dan kejadian itu berlaku pada pukul 3.49 petang Khamis lalu.

Susulan itu, polis giat mengesan suspek dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan, Asisten Superintendan Afzan Musa di talian 016-2956969 atau 07-3864222.

Terdahulu, tular di media sosial satu rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) menunjukkan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Vellfire bergerak perlahan sebelum berhenti di hadapan sebuah rumah di lokasi berkenaan.

Rakaman menunjukkan seorang individu berbaju putih dan berpelitup muka keluar dari kenderaan itu lalu mengambil bungkusan tersebut sebelum beredar. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI