fbpx

Pemuda nyaris maut tersepit bawah lori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bomba membawa keluar mangsa tersepit di bawah lori dalam kemalangan di Lebuh Raya Utara Selatan Lingkaran Tengah (Elite), SubanJaya, hari ini.

SUBANG JAYA – Seorang lelaki nyaris maut apabila motosikal dinaiki terlibat kemalangan dengan lori dalam kejadian di Lebuh Raya Utara Selatan Lingkaran Tengah (Elite), di sini, hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 12.25 tengah hari tadi.

Katanya, seramai enam anggota dan sebuah jentera dari Balai Bomba Penyelamat (BBP) Subang Jaya digerakkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi, didapati sebuah lori jenis Hino terbabit kemalangan dengan motosikal Yamaha Y15.

“Seorang lelaki tempatan berusia dalam lingkungan 20-an tersepit di bawah lori dan mengalami kecederaan patah kaki serta pinggang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, mangsa berjaya dikeluarkan oleh pihak bomba dan diserahkan kepada petugas kesihatan untuk tindakan selanjutnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI