fbpx

Pelancong lemas ketika ‘snorkeling’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mangsa melakukan selam ‘snorkel’ di sekitar Epanomi Shipwreck. – Getty Images

ATHENS –  Seorang pelancong Britain meninggal dunia selepas mengalami kesukaran akibat arus deras ketika berenang dan menyelam di sebuah kawasan bangkai kapal karam di Greece, lapor akhbar Metro UK.

Mangsa berusia 33 tahun itu berada dalam bahaya disebabkan laut bergelora di sekitar Epanomi Shipwreck, dekat bandar Thessaloniki di utara Greece pada  Jumaat lalu.

Pengunjung lain segera melaporkan perkara itu sebelum dua bot penyelamat dikejarkan ke lokasi kejadian.

Seorang perenang berjaya menarik lelaki itu keluar, namun dia didapati sudah tidak sedarkan diri.

Pasukan paramedik yang berada di pantai cuba menyelamatkan mangsa, namun gagal.

Mayat mangsa masih  berada di Greece untuk bedah siasat.

Terletak tidak jauh dari pantai di kawasan rizab alam semula jadi, bangkai kapal itu adalah tempat ‘snorkeling’ yang popular kerana airnya   jernih dan menyimpan kepelbagaian hidupan laut.

Namun, pelancong hanya disyorkan untuk melawatnya jika mereka adalah perenang yang kuat kerana terletak kira-kira 250 meter ke tengah laut. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI