fbpx

[VIDEO] Pelancong asing banyak songeh, bentuk bidet paip air pun jadi isu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bidet paip air (kiri) di kebanyakan hotel di Malaysia dikritik kerana kurang praktikal dan menyusahkan pengguna.

PETALING JAYA – Seorang pelancong asing mencetuskan kemarahan awam ekoran tindakannya yang mempersoalkan bentuk bidet paip air tandas hotel di Malaysia yang kononnya menyusahkan pengguna.

Menerusi perkongsian video pelancong berkenaan di laman TikTok @thesadewa, lelaki tersebut yang menginap di sebuah hotel di Kuala Lumpur mengakui bahawa bentuk bidet paip air tandas di Malaysia tidak praktikal.

“Kejutan budaya tandas di Malaysia, kenapa bidet paip ini tidak diberi tempat picit sekali gus di kepalanya untuk keluarkan air, dan hampir semua tandas di Malaysia, bentuknya seperti ini.

“Kita harus putar dahulu baru keluar air, maksudnya untuk apa buat bentuk sebegitu, kan sudah jadi dua kali kerja,” soalnya.

Tinjauan Kosmo! di ruangan komen mendapati, rata-rata rakyat Malaysia membanjiri ruang tersebut bagi menerangkan cara sebenar penggunaannya dan sebab mengapa ia direka sebegitu.

“Tangan ada dua, yang satu ‘aim’ (tuju) target tempat nak dicuci, satu lagi tangan, buka pili air kawal tekanan air,” komen @aizadrais.

“Memang ada jenis yang sekali dengan tempat tekan untuk keluar air, tapi selalu rosak, jadi dibiar macam tu,senang jaga, bukan semua orang pandai jaga harta benda,” ujar @zarifanorawang.

“Orang Malaysia tak pernah terfikir nak komplen (tegur) begini, asal ada air, ada paip kira okay dah. Itu tandanya bersyukur bang,” luah seorang pengguna.

“Dulu-banyak guna yang picit tu, tapi senang rosak. Bila rosak kena ganti selalu, lama-lama tak pakai langsung, putar ‘control pressure’ (kawal tekanan) sendiri,” kata @ziha. – KOSMO! ONLINE

@thesadewa

Kenapa semua toilet di malaysia gini semua?

♬ original sound – Danang Giri Sadewa

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI