fbpx

PATI dicekup ketika tunggu ‘transporter’ di kawasan bakau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kesemua PATI yang dicekup di kawasan bakau Tanjung Rhu, Pulau Carey awal pagi tadi.

KUALA LANGAT – Helah enam pendatang asing tanpa izin (PATI) bersembunyi di kawasan paya bakau sementara menunggu ‘transporter’ berjaya dibongkar apabila ditangkap pihak berkuasa di Tanjung Rhu, Pulau Carey, di sini, hari ini.

Kesemua mereka termasuk dua wanita warga Indonesia berusia 30 hingga 40-an ditahan kira-kira pukul 3 pagi oleh sepasukan Unit Gempur Marin (Ungerin) Pasukan Polis Marin (PPM) Pelabuhan Klang.

Komander PPPM Wilayah Satu, Asisten Komisioner Rusley Chi Ari berkata, berdasarkan siasatan awal mendapati PATI berkenaan baharu sahaja mendarat di kawasan bakau tersebut.

“Mereka dikatakan menaiki bot laju dari Dumai, Indonesia ke negara ini sebelum ditahan ketika sedang menunggu transporter di paya bakau tersebut.

“Pemeriksaan mendapati semua migran tersebut tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah,” katanya hari ini.

Tambah beliau, hasil siasatan rata-rata PATI itu membayar antara 5 hingga 8 juta rupiah (RM1,500 hingga RM2,000) kepada sindiket bagi tujuan penyusupan secara haram itu.

Jelas Rusley, kesemua PATI yang ditahan telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI