fbpx

Operasi mega cari ‘pesalah bas persiaran’ bermula esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anthony bercakap ketika sidang akhbar berkenaan Penambahbaikan Vehicle Entry Permit (VEP) di sempadan Malaysia-Singapura di Kementerian Pengangkutan Putrajaya hari ini. - Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR/ KOSMO!

PUTRAJAYA – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan menjalankan operasi bersepadu secara besar-besaran ke atas bas persiaran bermula esok di seluruh negara.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, operasi itu bertujuan untuk mengesan sebarang salah laku atau perlanggaran undang-undang yang dilakukan oleh operator bas persiaran.

“JPJ akan mulakan operasi secara bersepadu bermula pagi esok terhadap bas pelancong. Semua bas pelancong yang ada di atas jalan raya akan diperiksa. Operasi itu akan bermula pada pukul 6 pagi dan ia akan berlarutan selama beberapa minggu.

“(Tapi) kita tak akan beritahu di mana (operasi dijalankan) kerana kita sudah memberi notis mengenai operasi ini, kalau taknak dikenakan tindakan, (operator) kena pastikan semua syarat dan peraturan harus dipatuhi,” katanya menerusi sidang akhbar di sini hari ini.

Pada Sabtu lalu, media melaporkan pemandu bas persiaran yang terbabit dalam kemalangan maut sehingga mengorbankan dua pelancong di Kilometer (KM) 16.5 Jalan Genting Highlands, Bentong didapati tidak memiliki lesen memandu.

Pihak polis turut mendapati pemandu bas berusia 32 tahun terbabit juga mempunyai 27 rekod saman lampau atas pelbagai kesalahan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI