fbpx

OKU parah dikelar guna pisau lipat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KLUANG – Seorang lelaki orang kelainan upaya (OKU) diserang sebelum lehernya dikelar penagih dadah dalam kejadian di sebuah kedai runcit di Taman Kluang Barat di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd. Noh berkata, pihaknya menerima laporan melibatkan mangsa berusia 32 tahun pada pukul 1.50 tengah hari .

Mangsa dikejarkan ke Hospital Enche Bear Hajjah Khalsom, Kluang kerana kecederaan di leher. Susulan itu, polis memberkas lelaki berusia 45 tahun dicekup pada pukul 6.15 petang.

“Siasatan awal mendapati lelaki itu mengaku mengelar leher lelaki OKU tersebut dengan menggunakan pisau lipat, namun belum diketahui puncanya.

“Semakan mendapati suspek mempunyai rekod jenayah dan dadah, manakala ujian air kencing mendapati lelaki itu positif dadah jenis morfin,” katanya dalam satu kenyataan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI