fbpx

Malaysia sedia kerjasama dengan Indonesia hantar pasukan pengaman ke Palestin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar. FACEBOOK

PETALING JAYA – Malaysia sedia untuk bekerjasama dengan Indonesia, termasuk dalam aspek penugasan pasukan pengaman di Palestin sekiranya diberi mandat oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Komitmen tersebut antara dibincangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi panggilan telefon dengan Presiden Terpilih Indonesia merangkap Menteri Pertahanan, Prabowo Subianto pada hari ini.

“Dalam perbualan kira-kira tiga minit itu, kami sempat bertukar pandangan mengenai isu semasa, khususnya peranan Prabowo dalam mewakili Indonesia ke persada antarabangsa akhir-akhir ini dan membawa visi, kolaborasi serta keamanan serantau dan sejagat.

“Saya menyambut baik gagasan kerjasama dalam misi pengaman antarabangsa Malaysia-Indonesia, dan kolaborasi yang boleh diperluaskan ke peringkat serantau ASEAN,” katanya pada hantaran Facebook hari ini.

Anwar berkata, sewaktu panggilan tersebut, beliau menitipkan kesyukuran atas kejayaan pembedahan yang dijalani Prabowo baru-baru ini. ⁠

“Turut mendoakan agar Prabowo diberikan rawatan baik dan penjagaan rapi sepanjang tempoh pemulihan selain diberikan kesembuhan segera untuk bingkas kembali melaksanakan tanggungjawab diamanahkan.

“Di akhir perbualan, saya zahirkan harapan agar pilihan raya Indonesia yang bakal berakhir dengan Pemilihan Kepala Daerah (Pilkada) pada 27 November 2024 nanti berlangsung dengan baik dan dipermudahkan.

“Moga segala persediaan untuk pelantikan Prabowo sebagai Presiden pada 20 Oktober 2024 akan berjalan dengan lancar,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI