fbpx

RM5,000 proses kad UNHCR palsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHD. RUSDI (empat dari kiri) bersama pegawai imigresen menunjukkan kad Arakan dan dokumen palsu UNHCR yang dirampas dalam operasi pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Imigresin KDN, Setia Tropika, Johor Bahru hari ini. Foto RAJA JAAFAR ALI/ KOSMO!

JOHOR BAHRU – Imigresen melumpuhkan sindiket pemalsuan kad Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) selepas menahan empat lelaki dan seorang wanita warga Myanmar dalam serbuan di sebuah rumah kedai di Kluang, Rabu lalu.

Pengarah Imigresen Negeri Johor, Datuk Mohd. Rusdi Mohd. Darus berkata, mereka yang ditahan dalam operasi pukul 11.30 pagi itu berusia 26 hingga 49 tahun.

Katanya, sindiket yang beroperasi sejak enam tahun lalu itu dipercayai mengenakan bayaran RM5,000 kepada individu yang mahu mendapatkan kad UNHCR.

“Kita menemui tiga lelaki warganegara sama yang dikurung di premis itu sejak dua minggu lalu sebaik tiba di negeri ini,” katanya pada sidang akhbar di Kompleks Kementerian Dalam Negeri di Setia Tropika, di sini hari ini.

Dalam serbuan itu, pasukan operasi merampas pasport Myanmar, Kad Arakan, telefon bimbit, borang pendaftaran UNHCR dan wang RM15,855.

Tiga lelaki Myanmar yang dikurung itu dipercayai masuk ke negeri menggunakan lorong tikus. Mereka dikurung sehingga sindiket dapat mencari majikan yang mahu mengambil warga asing itu bekerja secara haram. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI