KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berjaya menamatkan misi larian solonya sejauh 200 kilometer selepas tiba di luar bangunan Parlimen kira-kira pukul 9.30 pagi tadi.
Ketibaan Syed Saddiq disambut oleh penyokong parti Muda serta beberapa ahli parlimen pembangkang.
Larian hari terakhir bekas Menteri Belia dan Sukan itu turut disertai oleh Ahli Parlimen Putrajaya Radzi Jidin, Ahli Parlimen Machang Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal, dan beberapa pemimpin Bersatu yang lain.
Difahamkan Syed Saddiq menyambung larian pagi ini dari Stesen Transit Aliran Massa (MRT) KLCC pukul 8.45 pagi bagi menamatkan larian ‘Langkah Muar’ yang bermula Jumaat lalu.
Misi larian solo itu juga berjaya meraih sumbangan sebanyak RM160,000 setakat pagi tadi.-KOSMO! ONLINE