fbpx

Kertas dasar tubuh Suruhanjaya Gig akan dibentang lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SEBERANG PERAI – Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) sekali lagi bakal membentangkan kertas dasar berhubung penubuhan Suruhanjaya Pekerja Gig kepada Kabinet pada bulan ini.

Menterinya Sim Chee Keong berkata, ia akan dibentangkan dalam tempoh satu atau dua minggu lagi selepas kertas dasar berkenaan lengkap sepenuhnya.

Menurutnya, sejurus selepas pembentangan (kajian awal) dilaksanakan bulan lepas, pihaknya menambah baik dan mengambil kira pandangan daripada input-input jemaah menteri pada hari itu.

“Pada bulan ini, mungkin dalam masa satu dua minggu lagi kita akan membentangkan satu kertas dasar tentang penambahbaikan yang telah dilakukan.

“Ia meliputi bagaimana kita boleh memberikan perlindungan kepada pekerja sektor gig terutama dalam tiga aspek utama iaitu dari segi pampasan upah yang lebih baik, keduanya dari segi perlindungan keselamatan sosial yang ketiga dari segi mekanisma kilanan.

“Ini masih di peringkat awal, yang saya boleh katakan sebab ia tertakluk kepada kelulusan jemaah menteri dan mungkin melibatkan pindaan atau gubalan undang-undang sedia ada (sekiranya diluluskan),” katanya kepada pemberita pada Majlis Meraikan Peluncuran Tajaan Kepada e-Hailing dan p-Hailing Zon Utara di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau yang juga Ahli Parlimen Bukit Mertajam berkata, sebarang aduan tidak boleh dilaporkan kepada Jabatan Tenaga Kerja (JTK) kerana pekerja gig tidak termasuk di bawah definisi pekerja. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI