KEMUNCULAN dua model popular dunia, Kendall Jenner dan Gigi Hadid ketika acara pembukaan pertunjukan fesyen Vogue 2024 World Show di Paris minggu lalu nyata memukau.
Masakan tidak, kedua-dua jelitawan itu muncul dengan menunggang kuda sehingga menyebabkan tetamu yang hadir turut teruja melihat gaya mereka.
Kumpulan pencinta fesyen turut memuji keberanian mereka berdua yang kelihatan profesional saat menjayakan acara pembukaan tersebut.
“Memang luar biasa dan satu hal yang tidak dijangka. Bagaimana mereka mampu untuk melakukan itu.
“Menunggang kuda di hadapan orang ramai bukan satu perkara mudah kerana pelbagai perkara boleh berlaku sekiranya kuda itu mengamuk,” kata peminat.