fbpx

Kenaikan inflasi 1.7 peratus masih bersifat sederhana – Kementerian Ekonomi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Kementerian Ekonomi memaklumkan kadar inflasi negara telah mencatatkan peningkatan iaitu kepada 1.7 peratus bagi suku pertama tahun ini.

Bagaimanapun kata, Timbalan Menteri Ekonomi, Datuk Hanifah Hajar Taib, peningkatan tersebut bersifat senderhana kerana pada suku keempat tahun lalu paras inflasi negara adalah kira-kira 1.6 peratus.

Jelas beliau, dengan kadar inflasi dibawah paras dua peratus bagi kedua-dua suku berkenaan, ia menunjukkan bahawa peningkatan kadar harga barangan dan perkhidmatan adalah menyederhana.

“Secara amnya, kadar inflasi di paras dua hingga tiga peratus dapat menjamin keseimbangan terhadap ekonomi sesebuah negara,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Datuk Seri Hishamuddin Hussein (BN- Sembrong) yang mahu Kerajaan menyatakan sejauh manakah kadar inflasi mencerminkan realiti ekonomi dan peningkatan kos sara hidup yang sedang dihadapi oleh majoriti rakyat dan pengguna. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI