fbpx

Keluarga percaya Yahya masih berada di lokasi kejadian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
YAHYA yang dilaporkan hilang sejak 19 Jun lalu ketika mencari siput belitung di Pantai Remis.

LUMUT – “Kami percaya abah masih berada di kawasan Sungai Tuntung tempat dia dilaporkan hilang sejak 13 hari lalu, cuma belum berjaya menemuinya lagi,” kata Rasiah Yahya.

Rasiah, 28, adalah anak kedua kepada Yahya Harun, 55, yang dilaporkan hilang ketika mencari siput belitung bersama rakannya, Azman Mat Jaab, 61, yang juga hilang, di kawasan Sungai Tuntung, Pantai Remis, dekat sini.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) kedua-dua mangsa oleh agensi penyelamat serta penduduk kampung sejak 19 Jun lalu, masih belum menemui mereka.

Rasiah menolak kemungkinan kedua-duanya pergi ke kawasan lain kerana pihak yang melakukan SAR tidak menemui kesan tapak kaki atau jejak yang menunjukkan mereka sudah keluar dari kawasan tersebut.

Menurutnya, bapanya berpengalaman mencari siput belitung sebagai sumber pendapatan sejak remaja lagi dan kebiasaannya keluar rumah kira-kira pukul 8 pagi dan pulang antara pukul 5 dan 6 petang setiap hari.

Justeru, apabila bapanya tidak pulang ke rumahnya di Kampung Panchor, Pantai Remis, lebih 24 jam, beliau membuat keputusan membuat laporan kehilangan di Balai Polis Pantai Remis, pada 19 Jun lalu.

Jelasnya, pelbagai usaha telah dilakukan termasuk menggunakan perkhidmatan perubatan Islam dan alternatif serta kawasan SAR diperluaskan bagi mengesan kedua-duanya.

Beliau berterima kasih kepada pelbagai pihak yang menghulurkan bantuan dan menggunakan berbagai kaedah serta inisiatif bagi mengesan kedua-dua mangsa.

Rasiah bagaimanapun kesal dengan khabar angin terbaharu hari ini mendakwa kedua-duanya sebenarnya sedang ditahan di Penjara Taiping. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI