fbpx

Kebakaran hutan ancam Greece

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBUAH helikopter menggugurkan bom air untuk memadamkan kebakaran hutan di Keratea dekat Athens semalam. – AFP

ATHENS – Anggota-anggota bomba bergelut menangani siri kebakaran hutan dekat kota Athens tengah hari semalam ketika Greece berdepan satu lagi musim panas yang terik. 

Greece kini berdepan musim kebakaran hutan yang sukar selepas mengalami musim sejuk paling suam dan gelombang haba terawal dengan suhu mencecah 44 darjah Celsius.

Dua kebakaran hutan besar marak di Attica tengah hari semalam dengan penduduk diarah berpindah dari lapan kawasan berhampiran ibu kota negara itu, Athens.

Kira-kira 140 anggota bomba bersama beberapa pasukan komando rimba, 39 kenderaan, lapan helikopter dan sembilan pesawat berusaha untuk mengawal api di Keratea, selatan Athens.

Saluran berita Ertnews melaporkan, sekurang-kurangnya empat buah rumah musnah sepenuhnya.

“Situasi amat sukar kerana angin kuat berterusan bertiup. Banyak kebakaran hutan berlaku. Kami bertarung dalam perang besar,” kata Datuk Bandar Lavreotiki,  Dimitris Loukas kepada Agensi Berita Athens

Di utara Athens pula, satu lagi kebakaran berlaku di pinggir bandar Stamata, manakala pihak berkuasa telah menghantar mesej kecemasan kepada penduduk supaya berpindah.

Jurucakap Pasukan Bomba, Vasileios Vathrakogiannis berkata, ia merupakan hari paling sukar  buat Pasukan Bomba Greece.

Satu lagi kebakaran turut berlaku semalam di zon industri Ritsona, dekat Pulau Evia.

Sementara itu, kebakaran besar yang berlaku di Pulau Seritos tengah hari kelmarin berjaya dikawal oleh pasukan bomba pada keesokan harinya. – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI