fbpx

Kadar fi cetak VOC di Semenanjung dikurangkan kepada RM20

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anthony Loke bercakap ketika sidang akhbar berkenaan Penambahbaikan Vehicle Entry Permit (VEP) di sempadan Malaysia-Singapura di Kementerian Pengangkutan Putrajaya, hari ini. Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR/KOSMO!

PUTRAJAYA- Kementerian Pengangkutan mengumumkan kadar fi untuk mencetak Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC) di Semenanjung diturunkan daripada RM50 kepada RM20 berkuatkuasa hari ini.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, kadar bayaran VOC di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan juga diturunkan daripada RM25 kepada RM20, manakala kadar fi di Sarawak dikekalkan.

“Penyelarasan ini bertujuan untuk merapatkan jurang perbezaan kadar fi antara Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak,” katanya menerusi sidang akhbar di sini hari ini.

Dalam perkembangan lain, Anthony Loke berkata, kekerapan pemeriksaan berkala untuk kenderaan sekolah memandu akan diturunkan dari setiap enam bulan kepada setiap tahun bagi kenderaan yang berusia bawah 10 tahun dari tarikh pendaftaran, bermula hari ini.

Jelasnya, pengecualian pemeriksaan berkala juga akan diberikan kepada kenderaan baharu sekolah memandu yang berusia tidak melebihi tiga tahun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI