fbpx

Di mana ibu kandung Mariam?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mariam.

KUALA SELANGOR – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sedang mengesan ibu atau waris kanak-kanak perempuan yang ditinggalkan kepada sepasang suami isteri sejak dua tahun lalu.

Pelindung Kanak-Kanak JKM Kuala Selangor, Intan Shafika Shaidan berkata, kanak-kanak dikenali sebagai Mariam atau Dalisha yang tidak dipastikan usianya itu dipercayai ditinggalkan ibunya.

Jelas beliau, wanita bukan warganegara itu dikenali sebagai Karlina dan kes berkenaan dirujuk kepada pihaknya pada 11 Jun lalu.

“Kanak-kanak itu ditempatkan dalam jagaan sementara Orang Yang Layak dan Sesuai dibawah peruntukan Seksyen 19(2) Akta Kanak-Kanak 2001. Penempatan itu bermula hari ini sehingga 25 September depan,” katanya kepada pemberita tadi.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menyalurkannya ke Bahagian Kanak-Kanak JKM Kuala Selangor di talian 03-32891495. – KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI