fbpx

Jeremy Renner, setahun selepas digilis mesin bajak ais

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JEREMY RENNER kini kembali aktif selepas setahun berdepan insiden yang hampir meragut nyawanya.

BINTANG filem Avengers, Jeremy Renner bersyukur apabila kesihatannya kini semakin baik selepas berdepan detik cemas kemalangan digilis mesin bajak salji sekitar tahun lalu.

Insiden yang hampir meragut nyawanya tersebut telah mengakibatkan Renner mengalami patah lebih 30 tulang, lebam pada mata dan sakit dada.

Bercakap mengenai kemalangan, Renner menyifatkan dirinya cukup bertuah kerana diberi kesempatan untuk hidup.

“Saya masih mengingati bagaimana pengalaman perlu bernafas dengan sangat susah kerana kerana beberapa tulang rusuk patah dan mengenai bahagian paru-paru.

“Meskipun pengalaman itu menyakitkan, tetapi momen itu sudah menjadi sebahagian daripada kisah hidup saya. Ibarat seperti hidup semula selepas kematian.

“Kejadian itu membuatkan saya lebih menghargai kehidupan dan ingin menghabiskan masa sebaik mungkin dengan insan tersayang,” jelasnya.

Renner dilaporkan sudah kembali aktif berlakon setelah mengambil masa setahun untuk pulih.

Sebelum ini, Renner dimasukan ke unit rawatan rapi (ICU) selepas dilangar mesin bajak salji seberat enam tan di hadapan kediamannya sekitar Januari 2023.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI