fbpx

Jalan Batang Kali – Genting Highlands dibuka semula 3 petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jalan Batang Kali - Genting Highland yang dibuka semula pada pukul 3 petang ini. - Foto JKR

PETALING JAYA – Laluan B66 Jalan Batang Kali-Genting Highlands yang ditutup susulan tragedi tanah runtuh yang mengorbankan 31 nyawa di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm hampir dua tahun lepas akan dibuka semula hari ini.

Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Hulu Selangor memaklumkan, laluan itu akan dibuka kepada semua pengguna jalan raya pada bermula 3 petang ini.

Terdahulu, pada Disember 2022 Kementerian Kerja Raya memaklumkan, Jalan Batang Kali-Genting Highlands dijangka ditutup selama setahun bagi membolehkan pelaksanaan kerja membaiki cerun dan jalan di kawasan berkenaan.

Sementara itu pada April lalu, Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan dilaporkan berkata, projek pembaikan berkenaan membabitkan kos kira-kira RM19 juta. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI