fbpx

Ikan pelik terdampar tepi Taman Tasik Metropolitan Kepong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar seekor bangkai ikan pelik terdampar di Taman Tasik Metropolitan Kepong.

PETALING JAYA – Seorang lelaki terkejut apabila menemui bangkai seekor ikan pelik terdampar di tepi tasik.

Menerusi perkongsian di aplikasi X Rudy Hasnan, beliau menemui bangkai itu semasa berjoging di Taman Tasik Metropolitan Kepong baru-baru ini.

“Pertama kali joging dekat sini, terjumpa seekor ikan bersaiz besar dah mati terdampar tepi tasik. Takut juga kalau terjatuh dalam tasik sebab ada ikan begini.

“Seram tengok rupa ikan ini, kau orang tahu ke apa nama ikan ini? Tengok mulut dia macam buaya, gigi dia terkeluar begitu,” katanya.

Tinjauan di ruang komen mendapati ada pengguna memaklumkan ikan tersebut merupakan spesis Alligator Gar, salah satu ikan asing yang amat berbahaya.

“Macam Alligator Gar, ikan air tawar terbesar di utara Amerika. Boleh hidup sampai tiga meter. Siapalah yang buang, nasib baik dah mati,” kata Shahirah.

“Ini ikan dari luar, bukan Malaysia. Orang lepaskan ke tasik sebab dah jadi terlalu besar. Selalu tengok dalam saluran luar negara mereka memancing ikan ini,” kata Alucumutrey.

“Kenapalah orang suka lepaskan spesis invasif dekat dalam perairan tempatan. Kasihan spesis asal tidak boleh hidup,” kata Pheykrey. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI