fbpx

Ibu Allahyarham Huzz terima pencen penakat Perkeso

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHAMAD Asri Ngosman menyerahkan faedah Pencen Penakat sebanyak dan faedah Pengurusan Jenazah (FPM) sebanyak RM3,000 kepada ibu Allayarham Huzz, Noor Hamid. - M FIRDAUS M JOHARI

AMPANG – Usaha menyatukan pertemuan dua penyanyi ikonik negara, Allahyarham Sharifah Aini dan Datuk Seri Siti Nurhaliza dalam satu sesi fotografi menjadi pencapaian terbesar Allahyarham Huzz atau nama sebenarnya, Huzaini Kamaludin.

Perkara itu kongsikan adiknya yang juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) BERNAMA, Nur-ul Afida Kamaludin, 57, selain menyifatkan arwah sebagai wartawan hiburan beretika dan amanah menjaga kerahsiaan selebriti tanah air.

“Sejak kecil lagi dia (Allahyarham) memang minat dan sentiasa mengikuti perkembangan industri hiburan. Biarpun baru berusia belasan tahun, dia tahu secara terperinci mengenai Sharifah Aini.

“Setelah bekerja sebagai wartawan, dia diberi tanggungjawab mengendalikan ruangan pojok dan berjaya menyatukan dua nama besar tanah air iaitu Allahyarham Sharifah Aini dan Siti Nurhaliza.

“Huzz kuat pegang rahsia dan tidak akan mengaibkan artis itu selain tidak mementingkan sensasi,” katanya ketika ditemui menerusi program Ziarah Prihatin bersama Skuad Perkeso Perihatin (SPP) di kediaman keluarganya di Ampang hari ini.

Dalam kunjungan tersebut ibu Allahyarham Huzz iaitu Noor Hamid, 79, menerima faedah Pencen Penakat sebanyak RM1,027 setiap bulan bersama faedah Pengurusan Jenazah (FPM) sebanyak RM3,000.

Kata Noor, dia bersyukur dan berterima kasih dengan keperihatinan Perkeso dalam memberikan sumbangan tersebut yang secara tidak langsung meringankan beban.

“Saya sangat berterima kasih dengan bantuan ini yang dapat meringankan bebanan. Terima kasih juga kepada mereka yang telah banyak memberikan sumbangan kepada Allahyarham sebelum ini,” katanya.

TURUT hadir Presiden Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM), Datuk Tengku Khalidah Tengku Bidin (dua dari kiri) dan Timbalan Presiden Niezam Abdullah (kiri).

Sementara itu, Pengarah Perkeso Kuala Lumpur, Mohamad Asri Ngosman berkata, Allahyarham merupakan pencarum di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4).

“Rekod Perkeso mendapati Allahyarham pernah membuat permohonan tuntutan Pencen Ilat di bawah Skim Keilatan Akta 4 pada 27 Mei lalu namun permohonan itu tidak dapat diteruskan memandangkan arwah disahkan meninggal dunia.

“Bagaimanapun waris mendapat faedah lain seperti FPM sekali bayar dan Pencen Penakat seumur hidup waris iaitu ibunya yang dibayar setiap bulan,” katanya.

Huzz menghembuskan nafas terakhir akibat kanser usus tahap empat pada 8 Jun lalu di kediaman abangnya di Bertam, Kepala Batas, Pulau Pinang sekitar pukul 6.10 petang.

Arwah yang juga bekas Pengarang Majalah URTV dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada Mac lalu untuk menjalani pembedahan membuang ketumbuhan pada usus.

Selepas beberapa bulan dirawat di HKL, arwah dibenarkan pulang dan dibawa ke kediaman abangnya di Bertam pada 31 Mei lalu untuk rawatan susulan.

Namun, keadaannya semakin kritikal selepas hampir seminggu keluar hospital dan menghembuskan nafas terakhir di sisi keluarga. – KOSMO ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI