fbpx

Gagal memotong punca Bezza rempuh dua motosikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kerosakan dialami kereta jenis Perodua Bezza selepas merempuh dua buah motosikal di Jalan Kuala Lumpur - Ipoh, Hulu Selangor, semalam.

HULU SELANGOR – Seorang lelaki warga emas maut selepas dirempuh sebuah kereta yang cuba memotong dari arah bertentangan dalam kejadian di Jalan Kuala Lumpur – Ipoh, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Ahmad Faizal Tahrim berkata, kejadian pada pukul 6.58 petang itu membabitkan dua buah motosikal dan sebuah kereta jenis Perodua Bezza.

Katanya, siasatan awal mendapati pemandu berusia 54 tahun dari arah Rawang menuju ke Ulu Yam telah cuba memotong kenderaan di hadapannya.

“Lelaki berkenaan bagaimanapun telah melanggar dua buah motosikal dari arah bertentangan,” katanya dalam kenyataan hari ini

Menurut beliau, penunggang motosikal berusia 57 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan.

“Seorang lagi mangsa berusia 53 tahun dibawa ke zon merah Hospital Selayang untuk rawatan lanjut.

“Bedah siasat akan dilakukan di Hospital Kuala Kubu Bharu bagi mendapatkan punca kematian,” katanya.

Jelas Faizal, suspek direman selama tiga hari bermula hari ini sehingga Rabu bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Pihak polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kemalangan untuk tampil bantu siasatan,” ujarnya.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI