fbpx

F1: RB Team tersilap buat keputusan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JENTERA pasukan RB berdepan masalah sejak di Barcelona ekoran proses menaiktaraf komponen yang dilakukan. - AFP

SPIELBERG – Pasukan Formula satu (F1) Red Bull (RB Team) mengakui bahawa pakej naik taraf jentera yang diperkenalkan pada Grand Prix Sepanyol di Barcelona minggu lalu adalah langkah yang silap dan mengecewakan.

Pasukan dari Faenza itu melakukan perubahan pada lantai jentera, sidepods, penutup enjin, sayap belakang, dan sayap beam jentera VCARB 01 mereka di Barcelona, namun bergelut untuk bersaing sepanjang saingan tersebut.

Ketua Pegawai Eksekutif Red Bull, Peter Bayer mengakui bahawa pasukan tersebut melakukan kesilapan dengan tergesa-gesa memperkenalkan pakej naik taraf yang pada asalnya dijadualkan untuk diperkenalkan pada Grand Prix Austria hujung minggu lalu.

“Kami terus mendesak pihak kilang untuk melakukan naik taraf lebih awal. Pada asalnya, rancangan adalah untuk membawanya ke Austria.

“Kami telah mengambil risiko melakukan naik taraf besar ketika di Miami dan kami fikir adalah lebih baik untuk membawanya ke Barcelona. Kami mendesak pasukan melakukannya.

“Kami mungkin tidak melakukan semua analisis yang sepatutnya atau diperlukan. Ia adalah sedikit mengecewakan, tetapi kami telah belajar daripadanya. Kami terpaksa membawa jentera kembali ke kilang,” jelas Bayer.

Daniel Ricciardo dan rakan sepasukan Yuki Tsunoda gagal meraih sebarang mata di Barcelona selepas tersingkir pada bahagian pertama kelayakan dengan menggunakan jentera berkenaan yang memiliki banyak masalah. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN