fbpx

Euro 2024: Belgium akui berhak raih kemenangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DE BRUYNE percaya Belgium memiliki kemampuan untuk menewaskan Perancis biarpun pasukan itu dianggap pilihan ke suku akhir. - AFP

DUSSELDORF – Selain berdepan lawan yang sukar, Perancis di pusingan 16 pasukan terbaik Euro 2024 tengah malam ini, Belgium terpaksa menghadapi cabaran rasa ragu-ragu para peminta mengenai kemampuan mereka untuk ke suku akhir.

Perancis dianggap sebagai pilihan untuk meneruskan saingan, namun bintang tengah Belgium, Kevin De Bruyne menganggap ramalan itu sekadar perkiraan atas kertas dan mereka perlu membuat perhitungan sepanjang 90 minit nanti.

Bintang Manchester City itu bertegas yang Red Devils sentiasa bersedia untuk berdepan apa juga cabaran pada kempen kali ini termasuk cuba menghadirkan kekecewaan buat Les Bleus.

“Kami sudah bersedia untuk menghadapi cabaran pada perlawanan itu. Kami hanya memikirkan tentang misi layak ke pusingan seterusnya.

“Kami sudah pun berada di sini dan sudah pasti kami mampu melakukannya walaupun terpaksa berdepan Perancis. Kini kami perlu segera pulihkan diri dan lakukan sehabis baik pada perlawanan itu nanti.

“Jika kami mahu bergelar juara Eropah, kami perlu tewaskan sesiapa saja dan sekarang lawan kami adalah Perancis,” katanya.

Satu kemenangan dan satu keputusan seri dalam tiga aksi kumpulan nyata tidak begitu disenangi para peminat Belgium hingga ada yang bertindak mengejek pemain sejurus aksi menentang Ukraine, Khamis lalu.

Bagi pengendali Belgium, Domenico Tedesco, anak buahnya tetap berhak untuk mendapat peluang meraih kemenangan biarpun terpaksa menentang lawan yang cukup kuat seperti Perancis.

“Kami berdepan lawan yang kuat, namun kami tetap mempunyai peluang untuk raih kejayaan. Kenapa kami tidak berhak untuk menang ke atas Perancis?

“Kami boleh menzahirkan potensi sebenar yang kami ada. Inilah perlawanan yang kami mahukan,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI