fbpx

Dua dicekup kes bunuh lelaki di Bintulu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mangsa yang ditemukan dalam keadaan berlumuran darah serta tidak sedarkan diri terbaring di atas jalan raya.

BINTULU – Polis memberkas dua pemuda dipercayai suspek kes pembunuhan seorang lelaki di sebuah kawasan pusat komersial di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Bintulu, Superintendan Nixon Joshua Ali berkata, suspek berusia 22 dan 27 tahun itu ditahan Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bintulu di sekitar bandar raya ini.

Dengan penahanan dua suspek itu, polis berjaya menyelesaikan kes pembunuhan tersebut kurang dari tempoh 24 jam dan merampas sebilah parang, dua buah telefon bimbit dan pakaian yang digunakan ketika kejadian.

Nixon memberitahu, setakat ini motif kejadian masih lagi dalam siasatan.

Kedua-dua suspek akan direman di Mahkamah Sesyen di sini hari ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Semakan mendapati mereka tidak mempunyai rekod jenayah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI