fbpx

Diintai produser, Leona bakal berlakon drama bersiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LEONA bersama bapanya, Azhar Sulaiman dilihat bertemu pengarah dan penerbit Fadzil Teh atau Haji Zeel.

PETALING JAYA – Selepas menyerlah sebagai pempengaruh sensasi, bakat lakonan Kasih Iris Leona kini diintai syarikat produksi, Zeel Production yang berminat melamarnya menjayakan sebuah drama bersiri.

Berita baik tersebut dikongsikan bapanya, Azhar Sulaiman yang mendedahkan menemani anak bongsunya bertemu dengan pengarah dan penerbit Fadzil Teh atau Haji Zeel.

Mengadakan mesyuarat bersama Haji Zeel untuk sebuah projek drama berdiri di TV3,” tulisnya ringkas pada video yang dikongsi dalam Instagramnya.

Turut kelihatan adalah Leona, 22, yang tekun mendengar perbincangan antara ayahnya dengan orang kuat Zeel Production itu.

Sebelum ini Azhar pernah memberi bayangan mengenai keinginan gadis tersebut untuk mencabar diri meneroka dunia lakonan.

Begitupun, kurang fasih berbahasa Malaysia selain kedengaran ‘pekat’ dengan slang Inggeris membuatkan aktor berusia 52 tahun itu memintanya menangguhkan dulu hasrat berkenaan.

Namun Azhar memberikan syarat jika ada yang sanggup melatih anaknya berbahasa melayu, dia dan isteri, Chempaka Emalin akan memberi Leona lampu hijau menjadi pelakon.

Menjengah ruangan komen, rata-rata pengikut teruja dimaklumkan mengenai perkembangan terbaru itu selain yakin gadis terbabit berpotensi pergi jauh.

Tidak kurang dalam kalangan peminat meminta Azhar dan anaknya itu bergandingan dalam sebuah naskhah sama.

Difahamkan Leona kini masih menghabiskan cuti pengajiannya di London selepas kali terakhir pulang ke Malaysia pada September tahun lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI