fbpx

Dewan Rakyat: KPKT fokus perkasa sisa pepejal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nga Kor Ming ketika sesi pertanyaan menteri di Dewan Rakyat hari ini. Foto Jabatan Penerangan Malaysia.

KUALA LUMPUR – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) melalui Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN) memberi fokus dan komitmen untuk memperkasa sektor sisa pepejal negara.

Menteri KPKT Nga Kor Ming berkata, pengurusan sisa pepejal negara akan menyumbang kepada sasaran Malaysia untuk mencapai tenaga boleh baharu kapasiti terpasang melalui konsep ‘Trash to Cash’ dan ‘Waste to Energy’ (WTE) iaitu sebanyak 70 peratus menjelang tahun 2050.

“Mengikut kaji selidik JPSPN, pembangunan loji WTE dalam negara, kita mampu menjana tenaga boleh baharu sebanyak 600 megawatt dan mampu mengurangkan pelepasan karbon sebanyak 45 peratus menjelang tahun 2030.

“Konsep WTE telah digunakan dengan meluas di seluruh dunia kerana keberkesanannya untuk merawat sisa pepejal dan mengurangkan jumlah sisa pepejal yang perlu dilupuskan ke tapak pelupusan sehingga 85 peritus.

“Teknologi WTE yang terkini berpotensi mengurangkan sehingga 100 peratus sisa pepejal ke tapak pelupusan,” katanya di Dewan Rakyat bagi menjawab pertanyaan dari Sim Tze Tzin (PH-Bayan Baru) di Dewan Rakyat hari ini.

Tambahnya, konsep tersebut juga adalah selamat kerana loji WTE beroperasi pada suhu yang konsisten dan tinggi iaitu sekurang-kurangnya 850 darjah celsius selain dilengkapi dengan sistem rawatan gas serombong yang telah terbukti mampu merawat gas-gas berbahaya daripada dilepaskan.

Kor Ming berkata, teknologi terkini tidak memerlukan keluasan tanah yang besar tidak menghasilkan air larut resap, bau busuk dan gas metana yang memberi impak negatif kepada kesihatan masyarakat dan alam sekitar.

“Konsep WTE adalah antara pilihan yang terbaik untuk persekitaran alam sekitar dan kesejahteraan rakyat,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI