fbpx

Cuaca baik sebelah pagi, Selangor, KL hujan petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menjangkakan cuaca cerah dan baik tanpa hujan di seluruh negara pagi ini.

Sementara itu, bagi cuaca sebelah petang, MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di kebanyakan tempat seluruh negara kecuali di Perlis, Putrajaya dan Melaka.

“Hujan lebat berserta ribut petir dijangka tertumpu di beberapa tempat di Pulau Pinang, Pahang, Selangor, Kuala Lumpur dan Johor, diikuti kawasan pedalaman Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu dan Negeri Sembilan.

“Di bahagian Malaysia Timur pula melibatkan Pedalaman, Pantai Barat, Tawau, Sandakan, Kudat dan Labuan di Sabah serta Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit, Bintulu, Miri dan Limbang di Sarawak,” katanya.

Dalam pada itu, bagi cuaca sebelah malam, amaran ribut petir dikeluarkan melibatkan beberapa tempat di kawasan pedalaman Kelantan, Terengganu dan Pahang.

“Selain itu, ribut petir turut dijangka di Tawau dan Sandakan serta Sibu, Mukah, Kapit, Bintulu dan Miri di Sarawak,” kata MetMalaysia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI