fbpx

Budak lima tahun kayuh basikal maut dirempuh Ativa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BASIKAL milik kanak-kanak perempuan yang maut selepas dirempuh secara tidak sengaja oleh sebuah kereta jenis Perodua Ativa dalam kemalangan di Jalan Nusari Aman, Bandar Sri Sendayan dekat Negeri Sembilan malam tadi. FOTO IHSAN POLIS.

SEREMBAN – Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun maut selepas basikal ditunggang dirempuh kereta jenis Perodua Ativa di Bandar Sri Sendayan di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta berkata, mangsa disahkan meninggal dunia pada pukul 8.05 malam ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hibrid Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) akibat kecederaan parah di badan.

“Siasatan mendapati kejadian berlaku apabila Perodua Ativa yang dipandu lelaki berusia 34 tahun dari arah Jalan Nusari Aman 2/2M menuju ke arah pintu pos pengawal,” katanya kepada pemberita hari ini.

Mohamad Hatta mmberitahu, tiba-tiba datang sebuah basikal yang ditunggang mangsa dari arah bertentangan.

“Pada masa sama, basikal mangsa bergerak di belakang trak pikap Toyota Hilux sebelum memasuki ke laluan Perodua Ativa (arah bertentangan). Pemandu Ativa tidak sempat mengelak dan terlanggar basikal mangsa,” katanya.

Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Fadzilah Ahmad di talian 016-2895801 atau datang ke mana-mana balai polis berhampiran.

Difahamkan jenazah mangsa akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Melayu Subang di Selangor hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI