fbpx

[VIDEO] Bintang muda badminton China meninggal dunia selepas rebah di gelanggang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zhi Jie tiba-tiba rebah di tengah gelanggang ketika berdepan Kazuma Kawano. – Badminton Asia

JAKARTA –  Pemain badminton muda China, Zhang Zhi Jie meninggal dunia  selepas rebah di gelanggang semasa perlawanan Kejohanan Badminton Junior Asia di Yogyakarta semalam.

Zhi Jie turun dalam perlawanan ketiga apabila regu campuran China bertemu Jepun di GOR Among Raga Yogyakarta tengah hari semalam.

Dalam perlawanan pertama apabila mata kedua-dua pasukan terikat 11-11, Zhi Jie yang berdepan  Kazuma Kawano tiba tiba rebah di tengah gelanggang.

Pasukan perubatan bergegas memberikan bantuan kecemasan sebelum dia dibawa ke hospital berdekatan dengan menaiki ambulans.

Selepas menerima rawatan rapi di hospital berkenaan, Zhi Jie tidak dapat diselamatkan.

Pemain muda berumur 17 tahun itu disahkan meninggal dunia pukul 11.20 malam (waktu tempatan). – AGENSI

@vollyidn45 #BADMINTON #BAMTC junior 2024 Detik-detik tunggal putra china Zhi Jie Zhang tiba-tiba mengalami kejang ketika tampil melawan tunggal putra Jepang Kazuma Kawano pada saat set pertama di angka 11-11 setelah kejadian tersebut Zhi Jie zhang langsung dibawa oleh tim medis keluar lapangan .. Semoga tidak terjadi cedera yang serius kepada Zhi Jie Zhang . Informasi lebih update akan kami sampaikan #fypage #fypシ゚viral #BAMTC #BADMINTON #indonesia🇮🇩 #indonesia #bulutangkis #taufik #yogyakarta #badminton #asia#china ♬ Sports – Vioo Sound

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI