fbpx

Bayang putih muncul dari lantai rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wanita tersebut percaya bahawa ia berpunca daripada aktiviti paranormal. – Khaosod

BANGKOK – Seorang wanita di Thailand terkejut apabila melihat rakaman sistem televisyen litar tertutup (CCTV)  rumahnya yang memaparkan isyarat kehadiran manusia, sedangkan tiada siapa pun berada dalam rakaman ketika itu.

Laman berita Thaiger melaporkan, pengguna dengan akaun bernama @falyme memuat naik video tersebut di platform TikTok.

Pada video pertama, ia memaparkan dia membuka pintu hadapan rumah yang tidak berkunci ketika waktu pagi, sedangkan wanita tersebut yakin bahawa dia telah mengunci pintu pada malam sebelumnya.

Bimbang berlakunya kegiatan pecah rumah, wanita tersebut melihat rakaman CCTV dan mendapati pintu itu sememangnya telah dikunci dan ditutup dengan sempurna.

Namun, sekitar pukul 5.56 pagi (waktu tempatan), kamera CCTV mengesan aktiviti manusia dan lampu menyala secara automatik.

Bagaimanapun, tiada sesiapa pun berada di ruang tamu pada waktu tersebut.

Klip video lain kemudian memaparkan wanita tersebut mendengar bunyi bising seperti sesuatu terjatuh, tombol dipusing dan seperti sesuatu diseret di atas lantai.

Wanita tersebut kemudian meninjau kamera pintu, namun dia mendapati tiada sesiapa yang pulang ke rumah ketika itu.

Wanita tersebut turut memeriksa rakaman sekitar pukul 3.23 pagi (waktu tempatan) sebelum dia melihat terdapat bayang-bayang putih muncul dari lantai dan bergerak ke atas tangga.

Ketika bayang-bayang bergerak, lampu CCTV terpasang dan sistem rakaman mengeluarkan pemberitahuan kehadiran manusia.

Tiada laporan lanjut mengenai tindakan susulan berdasarkan kejadian-kejadian itu, namun wanita berkenaan percaya bahawa ia adalah berpunca daripada aktiviti paranormal. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI