fbpx

2,441 terima tawaran kerja di Karnival Kerjaya MYFutureJobs

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar beramah mesra Bersama pengunjung pada Majlis Kemuncak NTW 2024 di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam.

PETALING JAYA – Seramai 2,441 pencari kerja menerima tawaran pekerjaan di Karnival Kerjaya MYFutureJobs sempena Majlis Kemuncak National Training Week (NTW) 2024 berlangsung pada 29 dan 30 Jun.

Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) menerusi kenyatannya memaklumkan, karnival kerjaya tersebut menawarkan pelbagai peringkat jawatan bermula dari kelayakan bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) hingga ke ijazah sarjana dengan lebih 70 peratus jawatan adalah kumpulan eksekutif.

“Lebih 10,000 peluang pekerjaan dalam pelbagai jawatan dan industri ditawarkan oleh 60 majikan daripada pemain industri utama dalam pelbagai sektor seperti perbankan, automotif, penerbangan, penjagaan kesihatan, perhotelan, kejuruteraan, teknologi maklumat dan pelbagai lagi

“Antara majikan terkemuka yang menyertai karnival kerjaya kali ini adalah Bank Islam Malaysia Berhad, Proton, UMW Corporation Sdn. Bhd, UEM Edgenta Berhad, NADI Group, Institut Jantung Negara Sdn. Bhd., Renaissance Kuala Lumpur Hotel & Convention dan Prasarana,” menurut kenyataan itu hari ini.

Karnival kerjaya dianjurkan kali ini juga lebih menarik kerana berlangsung serentak dengan Majlis Kemuncak NTW 2024 menerusi Human Resource Development Corporation (HRD Corp).

“Ia sekali gus membantu pencari kerja yang mengikuti pelbagai kursus latihan percuma untuk terus menjalani sesi temu duga terbuka bersama majikan dalam karnival yang berlangsung di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil,” ujarnya.

Pada Majlis Kemuncak NTW 2024, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Seri Anwar Ibrahim turut berkesempatan menyantuni lima majikan daripada sektor perhotelan dan kesihatan yang telah menggajikan pekerja meliputi orang kurang upaya pertuturan, pekerja kesihatan, jururawat dan pekerja bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

Perkeso memaklumkan, pelbagai perkhidmatan lain turut disediakan antaranya khidmat padanan pekerjaan melalui portal pekerjaan rasmi negara MYFutureJobs, sesi kaunseling kerjaya, khidmat runding cara faedah Perkeso dan pelbagai aktiviti menarik lain bagi meningkatkan kesedaran pengunjung berkaitan kepentingan perlindungan keselamatan sosial.

Pencari kerja yang ingin menyertai Karnival Kerjaya MYFutureJobs di Kuala Lumpur atau karnival seterusnya, boleh mendaftar di www.myfuturejobs.gov.my/careerfair.

Bagi majikan yang ingin menawarkan pekerjaan melalui portal MYFutureJobs boleh layari www.myfuturejobs.gov.

Untuk sebarang maklumat lanjut, sila kunjungi laman sesawang rasmi PERKESO www.perkeso.gov.my atau hubungi Careline Perkeso di 1-300-22-8000 atau e-mel [email protected]. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI