fbpx

114 mangsa banjir di Penampang dipindahkan ke PPS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mangsa dipindahkan akibat banjir di daerah Penampang meningkat kepada 114 mangsa setakat pukul 9 pagi ini. Foto APM

PENAMPANG – Mangsa dipindahkan akibat banjir di daerah Penampang meningkat kepada 114 mangsa setakat pukul 9 pagi ini.

Jumlah berkenaan membabitkan 42 keluarga berbanding 78 mangsa pada pukul 4 awal pagi tadi.

Daripada jumlah itu, seramai 112 mangsa ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Pusat Kebudayaan Sabah, Penampang, manakala dua mangsa di Dewan Sri Putatan, Putatan.

Berdasarkan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah, mangsa dipindahkan setakat ini terdiri daripada 35 lelaki dewasa dan 50 wanita dewasa, manakala 20 lagi kanak-kanak lelaki dan sembilan orang kanak-kanak perempuan.

Jumlah mangsa dijangka terus bertambah berikutan masih ada mangsa dilapor terperangkap dan tidak dapat dibawa keluar malam tadi akibat arus deras, selain keadaan gelap yang menyukarkan operasi.

Difahamkan, lebih 20 kampung di sekitar daerah ini dilanda banjir, termasuk sebahagian pekan Donggongon, di sini akibat limpahan air Sungai Moyog berikutan bacaan air yang melebihi sembilan meter, iaitu melepasi paras bahaya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI