fbpx

Banjir: 10 sekolah di Sabah ditutup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebanyak 10 buah sekolah membabitkan beberapa daerah di Sabah ditutup akibat banjir sejak petang semalam. Foto JPNS

KOTA KINABALU – Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) mengesahkan sebanyak 10 buah sekolah membabitkan beberapa daerah di negeri ini ditutup ekoran banjir sejak petang semalam.

Pengarah Pendidikan Sabah, Datuk Raisin Saidin berkata, setakat pukul 8 pagi tadi, kesemua sekolah terjejas meliputi seramai 5,077 murid dan 307 guru.

“Antara sekolah terlibat di daerah Penampang ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Sugut, SK St. Theresa Inobong, SK Kibabaig, SK St. Joseph, Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina Yue Min dan Sekolah Menengah (SM) St. Micheal.

“Selain itu, dua buah sekolah ditutup di daerah Tuaran iaitu SK Kauluan dan SJKC Chung Hwa Tenghilan. bagi daerah Papar serta Sipitang pula masing-masing sebuah sekolah ditutup.

“Semua sekolah terbabit ialah SK Kelatuan, Papar dan SJKC Sin Boon Sindumin, Sipitang,” katanya dalam kenyataan hari ini,

Mengulas lanjut, Raisin memaklumkan, semua sekolah itu ditutup ekoran paras air yang semakin naik dan belum menunjukkan tanda-tanda surut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI