fbpx

Tiga buruh ladang maut traktor jatuh dalam gaung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tiga buruh ladang maut manakala empat parah selepas jentera jenis farm traktor dinaiki hilang kawalan sebelum terjatuh ke dalam gaung di sebuah ladang di Jalan Sapi Nangoh pagi kelmarin. -Foto IHSAN POLIS

BELURAN – Tiga buruh ladang maut manakala empat parah selepas traktor yang dinaiki hilang kawalan sebelum terjatuh ke dalam gaung di sebuah ladang di Jalan Sapi Nangoh pagi kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6 pagi itu, lelaki warga Indonesia dan dua wanita warga Filipina berusia 28 hingga 42 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Beluran, Superintendan Hasan Majid berkata, kemalangan itu membabitkan tujuh individu warganegara asing yang juga pekerja di sebuah ladang.

“Sewaktu kejadian, traktor terbabit dipandu lelaki warga Indonesia berusia 29 tahun berkenaan bersama enam penumpang dalam perjalanan ke kawasan ladang untuk memulakan kerja.

“Bagaimanapun, pemandu dipercayai gagal mengawal jentera sebelum hilang kawalan dan terjunam ke dalam gaung ketika jentera melalui jalan curam.

“Tiga mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala empat parah iaitu tiga wanita warga Filipina berusia 22, 26 dan 45 dan pemandu jentera,” katanya ketika dihubungi hari ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI