fbpx

Tagih kehadiran PM ke Lenggong, pertahankan status UNESCO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SAARANI (dua dari kanan) melakukan gimik kerja-kerja arkeologi dalam majlis sambutan ulang tahun ke-12 pengiktirafan Lembah Lenggong sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO di Lenggong, malam tadi.

LENGGONG – Kedatangan Perdana Menteri ke Lenggong diharapkan mampu memastikan kawasan yang berstatus Tapak Warisan Dunia oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu terus dapat dipertahankan.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, beliau sendiri telah ‘berbisik’ menjemput Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk datang ke Lenggong yang dijangka berlaku pada Ogos depan.

Beliau mengharapkan kehadiran pemimpin tersebut boleh membuka mata ramai pihak serta Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) tentang keperluan di kawasan itu terutama soal peruntukan.

“Kalau PM turun, dia akan lebih nampak dan apa juga kata PM, kementerian kena ikut. Walaupun menteri (MOTAC) dah tolong kita. Kita memerlukan banyak benda lagi untuk bangunkan kawasan ini untuk jangka masa panjang. Itu tujuan nak bawa pm,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis sambutan ulang tahun ke-12 pengiktirafan Lembah Lenggong sebagai Tapak Warisan Dunia Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan PBB (UNESCO) di sini malam tadi.

Lembah Lenggong diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO pada 2012. Empat lagi tempat di Malaysia yang mendapat pengiktirafan sama ialah Taman Negara Mulu di Sarawak, Taman Negara Kinabalu di Sabah, Bandaraya Melaka dan Georgetown, Pulau Pinang.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI