fbpx

Remaja hilang di Rembau ditemukan di Dataran Merdeka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Remaja yang dilaporkan hilang sebelum ini.

JEMPOL- Seorang remaja yang dilaporkan lari dari asrama sebuah sekolah harian di Rembau malam 9 Jun lalu akhirnya ditemukan di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, awal pagi kelmarin.

Pelajar tingkatan satu itu, Muhammad Danish Darwish Dasuki Muhammad Addam,13 ditemui selepas 20 hari menghilangkan diri.

Anak sulung daripada empat beradik itu kini berada di kediaman keluarganya di Batu Kikir, di sini selepas dibawa pulang oleh bapanya kira-kira pukul 1 pagi.

Menurut Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintenden, Shaik Abd Kadar Shaik Mohamed, remaja berkenaan ditemukan bapanya melalui maklumat daripada seorang lelaki yang memberikan pekerjaan menjual kek kepada remaja berkenaan pada 28 Jun lalu.

“Remaja hilang ini mahu mencari kerja dan bertemu dengan individu bernama Abang Beny sekitar pukul 3 petang. Abang Beny ini telah memberikan kerja dan pekerjanya telah membawa remaja ini ke Titiwangsa untuk menjual kek.

“Kira-kira pukul 1 pagi, pekerja telah membawa semula remaja hilang berkenaan ke Dataran Merdeka untuk Abang Beny serahkan kepada bapa remaja hilang berkenaan,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI