fbpx

Piala FA: TFC tak jangka menang besar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TFC membawa bekalan selesa untuk aksi kedua di Likas selepas mencatat kemenangan selesa menentang Sabah kelmarin.

TERENGGANU FC (TFC) tidak menjangka mampu membawa bekalan selesa menerusi kemenangan bergaya empat gol tanpa balas ke atas Sabah pada suku akhir pertama Piala FA kelmarin.

Apatah lagi kemenangan itu diperolehi tanpa kelibat ketua jurulatih, Tomislav Steinbruckner yang terpaksa dikuarantin akibat positif Covid-19.

Penolong jurulatih TFC, Badrul Afzan Razali berkata, pada mulanya beliau menjangkakan hanya mampu menang 2-0, namun kejayaan mencapai kemenangan lebih besar iaitu 4-0 merupakan bonus sebagai bekalan selesa untuk dibawa ke aksi timbal balik minggu depan.

“Ketua jurulatih (Steinbruckner) telah menaruh kepercayaan 100 peratus terhadap saya untuk melakukan persiapan menghadapi perlawanan ini.

“Saya telah membuat sedikit percaturan pada posisi bek kiri dan tengah dengan
meletakkan Alif Zakaria kembali ke posisi bek kiri bagi mengawal kelincahan Saddil Ramdani,” katanya ketika ditemui selepas perlawanan kelmarin.

Dalam perlawanan itu, TFC sebelah kaki ke separuh akhir menerusi jaringan Manuel Ott minit kelapan, Ismaheel Akinade minit ke-37 dan ke-48 serta Marin Pilj (m-42) yang memberi kemenangan mutlak 4-0.

Badrul Afzan memberitahu, beliau juga memberi kebebasan kepada barisan tengah dan serangan TFC untuk bertukar posisi selain berpesan agar anak buahnya tidak cepat hilang kawalan bola.

Beliau berkata, strateginya itu tampak serba menjadi dan membuahkan hasil mematikan langkah serta gerakan yang cuba dilakukan pasukan lawan.

“Apapun keputusan (4-0) tidak akan mengubah pendekatan TFC sewaktu berkunjung ke Stadium Likas minggu depan.

“Kita tidak akan bertahan atau mencari seri kerana misi kita untuk menyamai sekurang-kurangnya pencapaian separuh akhir pada musim lalu,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI