fbpx

Piala FA: KDA akui belum rasa selesa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HASBULLAH (dua dari kanan) muncul wira KDA selepas meledak gol tunggal perlawanan ketika menewaskan Penang kelmarin. - FB KDA FC

KEMENANGAN 1-0 ke atas Penang FC pada aksi suku akhir Piala FA di Stadium Bandaraya, kelmarin belum menjamin apa-apa buat Kedah Darul Aman FC (KDA FC) untuk mara ke kelompok empat terbaik.

Pengendalinya, Nafuzi Zain turut mengakui kualiti yang ada pada Penang FC meletakkannya dalam keadaan gelisah sebelum hadapi perlawanan kedua di Stadium Darul Aman, Jumaat ini.

“Alhamdulillah satu keputusan positif untuk buat kami sebelum hadapi perlawanan kedua. Terima kasih kepada pemain yang menunjukkan komitmen tinggi dan kita juga tahu tugas ini sukar kerana Penang FC bermain di tempat sendiri.

“Ini baharu separuh jalan dan kerja kami belum selesai lagi. Kami tidak boleh selesa menang di tempat lawan kerana dalam bola sepak apa saja boleh berlaku.

“Apa yang saya harap adalah kami mampu mengekalkan konsisten ketika perlawanan di tempat sendiri. Jika lihat cara Penang FC bermain, saya risau sebenarnya kerana pemain mereka agak kuat dan laju,” katanya.

Pada perlawanan itu, jaringan tunggal perlawanan dihasilkan oleh Mohamad Hasbullah Abu Bakar pada minit ke-73.

Ini adalah kekalahan ketiga Penang FC kepada KDA FC sepanjang 2024 selepas turut tewas 0-1 pada aksi Liga Super dan 1-3 pada aksi persahabatan, April lalu.

Pengendali Penang FC, Akmal Rizal Ahmad Rakhli, berkata pemain harus ambil tanggungjawab untuk perbaiki setiap kelemahan pasukan khususnya dalam aspek penyudah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI