fbpx

Perdana Menteri dahului penerima darjah kebesaran Sultan Kedah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sultan Sallehuddin berkenan menganugerahkan Anwar dengan Darjah Seri Setia Sultan Sallehuddin Kedah Yang Amat Dihormati (SSSK) yang membawa gelaran Datuk Seri Diraja dalam istiadat penganugerahan di Istana Anak Bukit, Alor Setar hari ini.

ALOR SETAR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengetuai senarai 238 penerima darjah, bintang dan pingat kebesaran sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah Ke-82 di Istana Anak Bukit, di sini hari ini.

Anwar dianugerahkan Darjah Seri Setia Sultan Sallehuddin Kedah Yang Amat Dihormati (SSSK) yang membawa gelaran Datuk Seri Diraja.

Sultan Sallehuddin seterusnya berkenan menganugerahkan Darjah Datuk Seri Setia Pahlawan Yang Amat Dihormati (SSPK) yang membawa gelaran Datuk Seri Pahlawan kepada Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Mohammad Ab Rahman.

Istiadat diikuti penganugerahan Darjah Gemilang Wira Mahkota Kedah Yang Amat Dihormati (DGWK) yang membawa gelaran Datuk Wira kepada tiga individu iaitu Pegawai Kewangan negeri, Datuk Syed Khairol Anuar Syed Abidin; Panglima Tentera Darat, Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan dan Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan, Datuk Dr. Muhammad Radzi Abu Hassan.

Seterusnya tiga penerima bagi Darjah Dato’ Setia Sultan Sallehuddin Kedah (DSSS) yang membawa gelaran Datuk ialah Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah, Mohd Azam Abd Samat; Ketua Pegawai Eksekutif AFK Group, Tan Sri Dr. Azmil Khalili Khalid dan Kolonel (B) Datuk Mohd. Aros Othman.

Sembilan penerima Darjah Dato’ Setia Diraja Kedah (DSDK) yang membawa gelaran Datuk ialah Pegawai Daerah Kota Setar, Hakim Ariff Md Noor; Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah (Pengurusan) Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Dr. Nadzman Mustaffa dan Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datuk Dr. Ching Thoo Kim.

Selain itu, Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM), Professor Dr. Mohd Foad Sakdan; Ahli Lembaga Pengarah UUM/ Pengerusi Lembaga Pengarah UUM Holdings Sdn. Bhd., Mohd Zuhri Abdullah; Pengarah Perubatan Klinik Pakar Mata Abdul Razak Sdn. Bhd., Dr. Abdul Razak K.V Koyakutty dan Pengerusi Majlis Guru Pondok (HESA) Kedah, Tuan Guru Abdullah Lebai Samah.

Dua lagi ialah Pengarah Yiked Bina & Tanjung Digital, Mohd Azam Saad dan Presiden Dewan Perniagaan Dan Perindustrian Cina Kedah, Ang Saik Cheong.

Sultan Sallehuddin turut berkenan menganugerahkan Darjah Dato’ Setia Pahlawan (DDSP) yang membawa gelaran datuk kepada empat penerima dan Setia Diraja Kedah (SDK) kepada 13 penerima.

Bagi bintang dan pingat kebesaran pula, Ahli Mahkota Kedah (AMK) dianugerahkan kepada 32 penerima, Ahli Setia Pahlawan (ASP) kepada sebelas 11 penerima, Bintang Perkhidmatan Cemerlang Kedah (BCK) kepada 15 penerima, Bintang Kebaktian Masyarakat (BKM) kepada 52 penerima.

Ahli Cemerlang Semangat Jerai Kedah (ASK) dianugerahkan kepada 20 penerima, Pingat Perkhidmatan Cemerlang Kedah (PCK) kepada 35 penerima, Pingat Jasa Kebaktian (PJK) kepada 19 penerima dan Pingat Perkhidmatan Lama (PPL) kepada 20 penerima. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI