fbpx

Pemandu maut, penumpang cedera Lamborghini terbakar di Bentong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBUAH kereta jenis Lamborghini yang terbakar selepas terbabas dalam kejadian kemalangan maut di Kilometer 57.1 Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak di Bentong hari ini.

BENTONG – Seorang lelaki maut selepas kereta jenis Lamborghini yang dipandunya terbabas sebelum terbakar di Kilometer 57.1 Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak (KLK) arah timur di sini hari ini.

Kejadian berkenaan turut mengakibatkan seorang wanita yang juga penumpang kenderaan berkenaan mengalami kecederaan.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 9.06 pagi sebelum sepasukan lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bentong bergegas ke lokasi kejadian dengan dua buah jentera bomba.

“Sebaik tiba di lokasi yang terletak kira-kira 26 kilometer dari Balai Bomba Bentong, komander operasi melaporkan terdapat kebakaran melibatkan sebuah kereta jenis Lamborghini yang telah terbabas dan terbakar 100 peratus.

” Seorang lelaki dewasa yang juga pemandu telah tersepit di dalam kereta manakala seorang wanita yang juga penumpang telah dikeluarkan daripada kenderaan dan di bawa ke hospital oleh orang awam,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, mangsa yang tersepit di dalam kenderaan disahkan telah meninggal dunia oleh pegawai perubatan.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI