PASANGAN selebriti Nur Fazura dan Fattah Amin menjadi antara artis popular tanah air yang disayangi peminat lebih-lebih lagi sejak kelahiran cahaya mata mereka, Nur Fatima Aisya.
Bagaimanapun tiada angin, tiada ribut baru-baru ini heboh di media sosial apabila peminat mendakwa hubungan pasangan itu sedang dilanda masalah.
Alasannya kerana mereka sudah tidak lagi saling meninggalkan komen atau menyukai gambar satu sama lain di media sosial.
Hebat betul ‘kuasa’ netizen hanya boleh menilai kebahagiaan rumah tangga pasangan hanya dengan menilai komen mereka dalam media sosial.
Tidak terhenti di situ, kisah rumah tangga mereka itu juga turut dibincangkan di sebuah laman sembang yang masing-masing mempunyai pandangan tersendiri mengenai keadaan rumah tangga pasangan itu.
Ada juga yang mempertahankan pasangan artis itu dengan mengatakan mereka tidak perlu untuk mempamerkan kebahagiaan pun.
Malah ada juga netizen yang mengatakan perkara tersebut tidak perlu dibahas atau diperbesarkan kerana saling tidak menyukai gambar media sosial bukan bukti kukuh untuk mengatakan hubungan mereka bermasalah.
Apa-apa pun, Diva mendoakan agar perkahwinan mereka berada dalam keadaan baik.
Biasalah adat resam berumah tangga, adakalanya di atas dan ada masanya di bawah.
Diva: Sejuk hati tengok Nora Danish bertudung. Macam bidadari!