fbpx

Najis burung merpati penyebab jangkitan paru-paru

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN.

PETALING JAYA – Orang ramai diingatkan supaya mengelakkan diri daripada terdedah kepada najis burung merpati kerana boleh menyebabkan jangkitan paru-paru merpati atau ‘pigeon lung’.

Public Health Malaysia menerusi hantaran Facebook memaklumkan, penyakit tersebut boleh berlaku apabila spora kulat atau bakteria daripada najis burung disedut dan masuk ke dalam paru-paru.

“Kuman kulat histoplasma capsulatum yang terdapat dalam najis burung menyebabkan gejala demam, batuk, letih dan dalam kes yang teruk, jangkitan paru-paru kronik.

“Selain itu, boleh ada jangkitan cryptococcus neoformans dan psittacosis (Ornithosis),” kata hantaran itu, hari ini.

Sehubungan itu, orang ramai perlu mengelakkan memberi makanan kepada burung merpati atau berlari ke arah kumpulan merpati.

“Jika anda membersihkan najis burung, pastikan anda memakai pelitup muka dan menjaga kebersihan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI