fbpx

Monolit ‘makhluk asing’ ditemui lagi di AS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR monolit di Las Vegas (kiri) dan di Colorado. - Foto Reproducao/Instagram/Reddit

WASHINGTON – Sebuah monolit yang didakwa ‘dipacak’ oleh makhluk asing muncul di utara Colorado, Amerika Syarikat (AS), lapor portal berita Independent kelmarin.

Monolit itu ‘terpacak’ beberapa hari selepas struktur hampir serupa dialihkan dan diturunkan dari banjaran gunung berhampiran Las Vegas, Nevada.

Seorang netizen platform Reddit menyiarkan gambar monolit logam di sebuah kawasan berumput di Fort Collins, Colorado, pada Rabu lalu, 10 hari selepas objek hampir serupa yang bersinar muncul dekat bandar itu, lapor stesen televisyen KDVR.

Tidak jelas sama ada kedua-dua struktur itu dicipta atau dibina oleh orang yang sama.

Bagaimanapun, netizen itu mendakwa bahawa monolit itu dibina di atas sebuah bukit oleh seorang jirannya kerana dia percaya kepada makhluk asing.

Namun, pihak portal berita tersebut masih belum mengesahkan dakwaan itu sama ada betul atau tidak.

Misteri masih berlegar di sekitar monolit yang terdapat di Nevada.

Walau apa pun, misteri masih menyelubungi monolit yang terdapat di banjaran gunung Nevada.

Beberapa hari selepas penemuannya, Jabatan Polis Metropolitan Las Vegas mengalihkan keluar struktur monolit yang lut sinar setinggi 195 sentimeter pada 21 Jun lalu atas sebab-sebab keselamatan awam dan alam sekitar. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI