fbpx

Lima nama tempat terpanjang di dunia, cubalah sebut!

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KEBIASAANNYA, kita sering mendengar dan melihat nama individu yang panjang sehingga mencecah berpuluh abjad.
Namun, jarang sekali kita dengar mengenai sebuah tempat atau lokasi yang mempunyai nama panjang sehingga sukar dieja, apatah lagi untuk disebut.
Dipetik daripada laman sesawang thefactsite.com, Panorama minggu ini menyenaraikan lima tempat yang mempunyai nama terpanjang di dunia hingga ada mencecah 85 abjad.

1. Taumatawhakatangi­hangakoauauo tamatea­turipukakapikimaunga­ho ronukupokaiwhen­uakitanatahu (New Zealand – 85 abjad)
Jika anda cuba melakukan pencarian nama ini di YouTube, hanya ada seorang lelaki berjaya menyebutnya dengan betul. Menariknya, dia mengambil masa hanya lapan saat.
Taumatawhakatangi­hangakoauauo tamatea­turipukakapikimaunga­ho ronukupokaiwhen­uakitanatahu merupakan nama sebuah bukit berdekatan Porangahau di selatan Teluk Hawke, New Zealand.

NAMA sebuah bukit di New Zealand telah diiktiraf sebagai terpanjang di dunia dengan 85 abjad.

Berketinggian 305 meter dari aras laut, nama berjumlah 85 abjad ini berasal dari bahasa etnik orang asli, Maori.
Nama ini bermaksud ‘tempat di mana Tamatate iaitu lelaki berlutut besar memanjat gunung, penggelongsor, penjaga tanah yang mengembara dan bermain seruling untuk insan tersayang’.


Nama ini diiktiraf oleh Guinness World Records sebagai nama terpanjang di dunia.
Bagi memudahkan sebutan, ia disingkatkan kepada Taumata.

2. Llanfairpwllgwyngyllgogerych­wyrndrobwllllantysiliogogogoch (United Kingdom – 58 abjad)
Disebabkan terlalu panjang dan mustahil untuk disebut, Llanfairpwllgwyngyllgogerychwyrn­drobwllllantysiliogogogoch yang mempunyai 58 abjad diringkaskan kepada Llanfairpwll atau Llanfair PG.
Ia merupakan nama kepada satu komuniti besar dan sebuah kampung yang terletak di di Pulau Anglesey.

Llanfair PG merupakan ringkasan kepada nama asalnya yang berjumlah 58 abjad.

Nama ini direka pada tahun 1860-an bagi tujuan promosi dan komuniti mereka dikenali sebagai Llanfair Pwllgwyngyll pada awalnya.
Namun, ia ditukarkan pada abad ke-19 bagi mempromosikan tempat itu sebagai pusat tarikan pelancong.
Ia merupakan nama tempat terpanjang di United Kingdom.

3- Chargoggagoggmanchaug gagoggchaubunagungamaugg (Amerika Syarikat – 45 abjad)
Memiliki 45 abjad yang mana 15 daripadanya merupakan abjad ‘g’, tasik diberi nama Chargoggagoggmanchaug gagoggchau­bunagungamaugg ini terletak di Massachusetts, Amerika Syarikat.
Ia juga dikenali sebagai Tasik Webster. Nama tempat ketiga terpanjang di dunia itu berasal daripada Nipmuc iaitu bahasa Algonquian.


Tasik berkeluasan 5.84 kilometer persegi itu bermaksud ‘titik memancing yang berada di sempadan’ dan merupakan titik pertemuan neutral.
Ia juga dikenali sebagai nama tempat terpanjang di Amerika Syarikat dan benua Amerika.

4. Tweebuffelsmeteenskoot morsdoodgeskietfontein (Afrika Selatan – 44 abjad)
Nama tempat dengan 44 abjad ini merupakan yang terpanjang di benua Afrika. Ia merupakan bahasa Afrika yang bermaksud ‘dua ekor kerbau dibunuh dengan satu tembakan’.


Tweebuffelsmeteenskoot morsdoodgeskietfontein merupakan sebuah ladang yang terletak di utara Afrika Selatan iaitu kira-kita 200 kilometer ke barat Pretoria.
Menariknya, pemuzik, penulis lirik legenda atau lebih dikenali sebagai Father of Rock Afrika Selatan, Anton Goosen, 78, turut mempunyai sebuah lagu bertajuk Tweebuffelsmeteenskootmorsdood­ges­kietfontein dalam album berjudul Putonnerwater 2014 miliknya.

5. Azpilicuetagaraycosaro­yaren­berecolarrea
(Sepanyol – 39 abjad)
Azpilicuetagaraycosa­royarenberecolarrea merupakan nama tempat paling panjang di Sepanyol dan benua Eropah dengan jumlah 39 abjad. Azpilicuetagaraycosa­royarenbe­recolarrea mendapat namanya daripada bahasa Bosque.

Azpilicuetagaraycosaroyarenberecolar­rea merupakan nama tempat paling panjang
di Eropah.

Ia terletak di daerah Navarra di bahagian utara Sepanyol.
Navarra ialah salah satu kawasan paling hijau di Eropah dengan lebih 70 peratus tenaga elektrik datang daripada sumber boleh diperbaharui seperti tenaga solar.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI