fbpx

Lelaki keluar memancing maut dibaham buaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang lelaki maut dipercayai dibaham buaya ketika memancing di tepi sungai Ladang Pontion Subok, Sukau, Kinabatangan petang semalam. -Foto IHSAN BOMBA

KINABATANGAN – Seorang lelaki maut dipercayai dibaham buaya ketika memancing di tepi sungai Ladang Pontion Subok, Sukau petang semalam.

Mayat Firman Irwan, 24, ditemui kira-kira 1.2 Kilometer oleh orang awam dari lokasi mangsa dibaham buaya.

Pegawai Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Penolong Penguasa Bomba, Riki Mohan Singh Ramday berkata, mangsa ditemui sekitar pukul 2.30 petang.

“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi hari ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI