fbpx

KPM jalankan siasatan dalaman pelajar maut jatuh bangunan sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pelajar tingkatan 1 disahkan maut baru-baru ini selepas terjatuh dari tingkat 5 sekolah.

SEBERANG PERAI – Kementerian Pendidikan (KPM) sedang menjalankan siasatan dalaman berhubung kes pelajar lelaki maut selepas terjatuh dari tingkat lima sebuah sekolah di Kajang, Selangor.

Menterinya, Fadhlina Sidek walaubagaimanapun menegaskan, siasatan dalaman yang dilaksanakan itu bertujuan membantu menyalurkan maklumat bagi siasatan pihak berkuasa.

Menurut beliau, pihaknya tidak sesekali berkompromi akan soal keselamatan murid di peringkat sekolah selain sentiasa mengingatkan institusi pendidikan untuk meningkatkan keselamatan dari semasa ke semasa.

“Pertama sekali, saya rakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa, rakan-rakan dan sekolah dan kita memberi sokongan psikologi sosial kepada mereka.

“Saya fikir ini tak mudah untuk semua pihak kerana kejadian ini berlaku di sekolah dan pada masa sama kita telah pun ambil tindakan intervensi penting pasca kejadian ini,” katanya kepada pemberita, hari ini selepas menghadiri Program Fisioterapi dan Penjagaan Wajah bersama masyarakat setempat di Simpang Ampat, di sini hari ini.

Mengulas lanjut Fadhlina berkata insiden yang berlaku itu sangat mendukacitakan dan pihak kementerian benar-benar terkesan dengan kejadian terbabit.

“Dalam masa sama, kita tingkatkan usaha dalam mengatasi isu terkait rapat dengan gejala buli di semua peringkat khususnya dengan garis panduan dan juga peraturan-peraturan yang telah kita tetapkan,” katanya.

Media semalam melaporkan, pelajar sebuah sekolah di Kajang, Selangor yang dilaporkan parah selepas terjatuh dari tingkat lima bangunan sekolah disahkan meninggal dunia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI