fbpx

KPDN jamin harga gula tak naik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fuziah (tengah) hadir Program Hari Terbuka MySubsidi Diesel Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) 2.0 Peringkat Negeri Pulau Pinang di Sungai Bakap, hari ini.

SEBERANG PERAI – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memberi jaminan tiada berlaku kenaikan harga gula setakat ini.

Timbalan Menterinya, Fuziah Salleh berkata, sehingga kini, tidak ada keputusan Kabinet berkenaan kenaikan harga keperluan asas terbabit.

“Sudah banyak kali saya jawab berkenaan isu gula ini di Parlimen dan benar, syarikat pengeluar gula iaitu MSM dan CSR memang mengadu yang mereka kerugian 88 sen bagi setiap satu kilogram (kg) yang dikeluarkan.

“Maka mereka memohon kerajaan untuk menaikkan harga, namun kerajaan memberikan mereka insentif sebanyak RM42 juta sebulan kepada syarikat-syarikat ini untuk pastikan bekalan gula dapat terus dikeluarkan sekali gus menstabilkan bekalan.

“Apa yang saya tegaskan kerajaan tidak ada keputusan untuk naikkan harga gula, tentang dakwaan kenaikan harga gula pada April lalu itu spekulasi saja,” katanya selepas menghadiri Program Hari Terbuka MySubsidi Diesel Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) 2.0 Peringkat Negeri Pulau Pinang di Sungai Bakap di sini.

Mengulas lanjut, setakat ini Fuziah berkata, kerajaan juga belum membuat keputusan berhubung tempoh pemberian insentif itu kepada pihak industri gula. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI